Saturday, November 15, 2008

TRAIN TRAVEL '08

SINGAPORE '08


ha,ha,ha,,,,, n la budak-budak nakal yang pg singapor.
asyik buat 'jump shot' ja....
x kira siang atau malam...
dapat tempat yang best ja mesti nak buat 'jump shot'..
biasa la lepas geram lepas habis kelas,hari minggu pula 2 xkn nak duduk dalam NUS ja...
bosan juga nnt..
ish...
ramai juga penonton yang tengok persembahan kitaorang n....
tp x da la sumbangan dari persembahan 2....
buat selamba ja,macam x ada orang yang tengok kitaorang buat 'jump shot'...
singapor,singapor,singapor,,,,,,,





KATA-KATA HIKMAH

  • Orang yang tidak menganggap dirinya bahagia adalah orang yang tidak akan hidup dengan bahagia.
  • Orang berjaya tidak pernah putus asa. Sebaliknya orang yang mudah putus asa ialah orang yang tidak akan berjaya.
  • Apabila kamu bercakap, percakapan kamu adalah patut diluahkan jika ia difikirkan lebih bernilai daripada tidak bercakap langsung. Tiga orang pandang ke luar tingkap, seorang melihat tanah, seorang melihat pokok, seorang melihat awan. Ini kerana setiap manusia mempunyai persepsi yang berbeza. Lantaran itu, jangan berasa marah jika orang lain berbeza pendapat dengan kita.
  • Cerek yang kecil adalah lebih mudah panas. Orang yang berhati kecil mudah berasa marah.
  • Orang yang tidak dapat mengawal emosi sendiri adalah orang yang tidak dianggap merdeka.
  • Tali gitar yang diikat terlalu ketat akan senang putus. Manakala tali yang diikat terlalu longgar tidak akan mengeluarkan bunyi yang merdu. Oleh itu, hiduplah dalam kesederhanaan.
  • Kemarahan biasanya bermula daripada fikiran yang tidak bijak dan diakhiri dengan kekesalan.
  • Kesedihan yang dialami akan menjadi pudar selepas suatu jangkamasa berlalu.
  • Melakukan kesilapan adalah suatu perkara yang biasa. Sedia memaafkan kesilapan adalah perkara yang luar biasa.
  • Manusia biasanya hidup tidak melebihi 100 tahun, tetapi kerisauan yang dialami lebih daripada 1000 tahun.
  • Sukailah dengan apa yang perlu anda buat, jangan buat apa sahaja yang anda suka.
  • Belajar daripada kesilapan yang orang lain lakukan akan mengurangkan kesilapan yang mungkin kita lakukan.
  • Wang adalah alat yang kita gunakan dan bukan alat yang mempergunakan kita.
  • Tiada orang yang boleh merisaukan kamu melainkan fikiran kamu sendiri.
  • Manusia selalu mengharapkan kegembiraan daripada orang lain, tetapi jarang memberi kegembiraan kepada orang lain secara sukarela.
  • Kesedihan dan kegembiran adalah di tangan sendiri dan bukannya di tangan orang lain.
  • Musuh yang paling hebat di dunia ini ialah diri kita sendiri.
  • Orang yang paling bodoh ialah orang yang selalu risau atau marah kerana kesilapan orang lain.
  • Masa yang kita gunakan untuk mecari kesilapan orang lain biasanya adalah lebih banyak daripada masa yang kita gunakan untuk memperbaiki kesilapan sendiri.
  • Hati fikir perkara baik, mulut cakap perkara baik, badan lakukan perkara baik.
  • Semua manusia mempunyai satu mulut dan sepasang telinga, maka kurangkan bercakap dan lebihkan mendengar.
  • Apabila anda menuding jari terhadap kesilapan orang lain, sebenarnya 3 jari anda telah menuding kepada diri anda sendiri.
  • Insan yang berilmu akan menganggap dirinya kurang ilmu, manakala orang bodoh akan menganggap dirinya orang yang sangat pandai.
  • Hadiah yang paling berharga buat teman ialah bertimbang rasa dan sedia memaafkan kesilapannya.
  • Bersikap baik terhadap insan yang jahat adalah cara yang lebih baik daripada bersikap buruk terhadap mereka.
  • Dalam hidup ini, sebarang keadaan yang kita temui adalah kurang penting, yang paling penting ialah arah yang kita tujui.
  • Orang biasa akan marah apabila dikritik oleh orang lain, manakala orang yang mulia ialah mereka yang memperbaiki diri daripada kritikan orang lain kerana musuh biasanya akan memberitahu kesilapan yang anda buat tanpa disedari.
  • Orang yang berfikiran positif akan melihat peluang dalam semua keadaan. Manakala orang yang berfikiran negatif akan berasa risau dalam segala keadaan yang baik.
  • Kita perlu menghembus nafas dahulu sebelum menerima udara yang segar. Kita perlu berusaha bersungguh-sungguh sebelum menempuh sesuatu kejayaan.
  • Bagi manusia yang tidak mengenali erti hidup, maka hidup adalah satu hukuman baginya.
  • Kadangkalanya, sesuatu masalah yang rumit dapat diselesaikan dengan menggunakan kaedah yang paling mudah.
  • Padi yang semakin berisi akan semakin menunduk, manusia yang berhemah tinggi ialah orang yang sentiasa merendahkan diri.
  • Hayatilah kehidupan anda, janganlah dibandingkan dengan orang lain.
  • Kebencian tidak dapat di atasi dengan kebencian, tetapi hanya dapat di atasi dengan kasih sayang.
  • Jangan berputus asa apabila menghadapi kesusahan kerana titisan hujan yang jernih juga berasal daripada awan yang gelap.
  • Masa yang diberi kepada kita dikurniakan sesaat demi sesaat, maka kita perlu menggunakannya sesaat demi sesaat.
  • Orang yang kaya bukanlah orang yang mempunyai banyak harta, tetapi orang yang berasa cukup dengan apa yang dia ada dan tidak memerlukan lebih daripada itu.
  • Orang yang miskin bukanlah orang yang tidak berharta tetapi adalah orang yang sentiasa merasa tidak cukup dengan apa yang dimiliki.
  • Orang yang boleh diyakini adalah mereka yang mempunyai keyakinan diri. Orang yang dapat menegur orang lain adalah orang yang sedia menerima teguran orang lain.
  • Orang yang cemerlang bukanlah kerana dia tidak pernah mengalami kegagalan tetapi disebabkan dia dapat berdiri lebih teguh selepas kegagalan.
  • Orang yang cantik tetapi tidak berakhlak bagaikan bunga yang berwarna tetapi berbau busuk.
  • Manusia yang dihormati ialah orang yang sentiasa menghormati orang lain.
http://www.izoblog.com/kata-kata-hikmah/kata-kata-hikmah

Friday, November 14, 2008

my convocation '08


UM CONVOCATION '08

BA SOCIAL ADMINISTRATION AND JUSTICE
BATCH 2005/2006
DEWAN TUNKU CHANSELOR
UNIVERSITI MALAYA
KUALA LUMPUR

Thursday, November 13, 2008

Monday, November 3, 2008

KITA BUKANNYA BAIK NAK KATA ORANG TAK BAIK.

KITA BUKANNYA BAIK NAK KATA ORANG TAK BAIK.

1. Kita bukannya pandai untuk cakap orang lain bodoh

2. Kita bukanlah kaya untuk cakap orang lain miskin

3. Kita bukanlah handsome untuk cakap orang lain muka tak handsome

4. Kita bukanlah cantik untuk cakap orang lain tak lawa

5. Kita bukanlah baik untuk cakap orang lain jahat

6. Kita bukanlah alim untuk cakap orang lain lupa sembahyang

7. Kita bukanlah kuat untuk cakap orang lain lemah

8. Kita bukanlah berani untuk cakap orang lain penakut

TAPI…

1. Kita adalah pandai jikalau kita sebarkan ilmu itu kepada orang lain

2. Kita adalah kaya jikalau kita manfaatkan kekayaan kita kepada jalan
kebaikan

3. Kita adalah handsome jikalau kita tak meninggi diri

4. Kita adalah cantik jikalau kita sentiasa memuji orang lain

5. Kita adalah baik jikalau kita mengajak orang lain kearah keaikan dan
menjadi contoh dan tauladan orang lain

6. Kita adalah alim jikalau kita memperuntukkan sebahagian rutin seharian
kita kepada-Nya denganseikhlas hati

7. Kita adalah kuat jika kita sentiasa membantu orang yang lemah

8. Kita adalah berani jikalau kita sanggup menggadaikan nyawa untuk
mempertahankan agama
Ingatlah! kita bukannya manusia yang hebat untuk memcaci dan mengutuk
ciptaan-Nya. Dia Maha Mengetahui. setiap apa yang diciptakannya mempunyai
hikmah
yang tersendiri.sedarlah . bukan senang nak jadi senang.

BUKAN SENANG NAK JADI SENANG. BUKAN SUSAH NAK JADI SUSAH

Kenangan itu kadangkala teramat pahit untuk diredah, tetapi ia terlalu manis
untuk dikenang. Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup
dalam kenangan.Andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik
cinta itu tak pernah hadir.Kecewa bercinta bukan bermakna dunia sudah
berakhir.Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan.Hidup ini
indah jika kita tahu menghargainya… Tapi ia amat menyakitkan andai kita
melaluinya